Warisan Karl Marx

Oleh Duncan Hallas

Diterbitkan buat kali pertama dalam akhbar Socialist Worker (Amerika Syarikat) pada bulan Mac 1983.

Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh (November 2002).

“Di sekeliling muka anda, sarang penipuan dianyam,” menulisnya penyair revolusioner Inggeris, Percy Bysshe Shelley. Karl Marx telah menyatakan idea sama dalam cara yang lain: “Idea-idea berkuasa dalam mana-mana masyarakat sentiasa adalah idea-idea kelas pemerintah.”

Maka, ia tidak menghairankanlah bahawa kebanyakan orang di Amerika[1] melihat Karl Marx – jika mereka mempunyai pendapat mengenainya sama sekali – sebagai manusia dengan tanduk, tapak telepuk dan ekor, seorang yang zalim dan keji yang bertanggungjawab bagi pemerintahan diktator totalitarian, pembunuhan beramai-ramai, peperangan agresif dan malah apa-apa melarat yang anda dapat membayangkan.

Sememangnya, jika apa yang penting hanyalah apa yang dikatakan oleh pemerintah-pemerintah Amerika dan wartawan mereka, pengulas di television, profesor dan pensyarah, ia tidaklah akan menjadi terlalu susah untuk meyakinkan sekurang-kurannya selapis daripada kelas pekerja di Amerika Syarikat mengenai kebenaran.

Kebenarannya adalah bahawa Marx merupakan seorang pejuang menentang setiap bentuk penindasan dan pengeksploitasian; bahawa seluruh hayatnya digerakkan demi “kebebasan sendiri kelas pekerja”; dan bahawa idea-ideanya adalah sangat penting bagi para pekerja di Amerika pada hari ini.

Tetapi pemerintah-pemerintah Amerika mempunyai sekutu-sekutu berkuasa dalam usaha mereka untuk menggambarkan Marx dan Marxsisme sebagai musuh kebebasan manusia. Misalnya, [bekas ketua USSR] Yuri Andropov. Bekas ketua polis, ketua KGB dan “Tsar Kesemua Rakyat Rusia” yang baru ini mendakwa dirinya sebagai seorang Marxsis. Begitu juga dengan Pol Pot yang kejam di Kemboja; dan pemerintah zalim Kim Il Sung di Korea Utara; diktator ketenteraan Poland, Jeneral Jaruselski; dan seluruh galeri pemerintah-pemerintah zalim yang lain.

Kesemua daripada mereka mempunyai kepentingan bersama dengan pemerintah-pemerintah ‘Barat’ dalam menyamakan Marx, Marxsisme dan sosialisme secara umumnya dengan pemerintahan-pemerintahan diktator zalim yang berpura-pura sebagai “kerajaan-kerajaan sosialis.”

Ronald Reagan mempunyai kepentingan yang sama besar dengan Yuri Andropov untuk mengutarakan penipuan besar ini. San tidak terdapatnya akhir kepada “akaliah-akaliah sosialis” di Amerika, seperti juga dengan negara-negara lain, yang membantu kedua-dua mereka dengan berbincang mengenai “sosialisme yang sudah wujud.”

Sebenarnya, Marxsisme adalah mengenai kebebasan. Ia juga adalah mengenai batasan – mengenai keadaan-keadaan yang menghalang pekerja lelaki dan perempuan, iaitu pengeluar-pengeluar kekayaan yang benar, daripada menguasai keadaan-keadaan kehidupan dan pekerjaan mereka.

Dan ia adalah mengenai cara keadaan-keadaan ini dapat diubah dan bagaimana pekerja lelaki dan perempuan dapat menciptakan masyarakat yang benar-benar bebas di mana kesemua orang menyumbang mengikut kemampuan mereka dan menerima mengikut keperluan merela – sebuah masyarakat yang bebas daripada pengeksploitasian, bebas daripada penindasan, bebas daripada rasisme, daripada pengangguran, daripada peperangan, daripada kemiskinan dan ketidak-samarataan.

Adakah ini hanya khayalan semata-mata? Pihak Kristian awal mempunyai wawasan seperti itu, tetapi mereka melihatnya di sebuah dunia (khayalan) di langit, dan mereka mengharapkan seorang penyelamat, Jesus, untuk menghadiahkan dunia itu kepada mereka. Marx menunjukkan bagaimana dunia itu dapat dicapai di sini – dan bukannya oleh seorang penyelamat ajaib, tetapi oleh usaha kolektif golongan pekerja sendiri.

Bagaimana? Dan mengapakah ia belum berlaku? Biarlah kita melihat batasan-batasannya – benda-benda yang menghalang, menafikan, menghalang atau membantut kebebasan kita. “Seorang mesti makan sebelum dia dapat berfikir,” Marx menulis. Itu merupakan idea asas.

Sepanjang aliran sejarah manusia, kebanyakan orang terpaksa membanting tulang, hanya untuk mengeluarkan hasil yang mencukupi untuk menyokong diri mereka dan anak-anak mereka pada taraf kehidupan yang melarat.

Orang dalam keadaan ini – dan terdapatnya beratus-ratus juta prang dalam keadaan seperti ini di dunia pada hari ini – tidak dapat menjadi bebas dari mana-mana segi bermakna. Mereka adalah hamba kepada keperluan usaha tanpa akhir.

Bukan itu sahaja, tetapi apabila tidak terdapatnya hasil yang mencukupi, apa-apa lebihan perlu dipusatkan dalam tangan golongan minoriti jika apa-apa sumber ingin dilaburkan bagi masa depan, bagi sains, bagi seni – bagi segala-galanya kecuali kehidupan semata-mata. Dan maka kita mempunyai kelas-kelas sosial.

Pengeluar-pengeluar sebenar, dalam satu tangan. Dan mereka yang memerah segala yang dapat diperah daripada pekerja, iaitu kelas pemerintah. Dan beberapa orang di tengah, iaitu kelas-kelas menengah.

Dengan kelas-kelas dan masyarakat berkelas, kita mempunyai perjuangan kelas. “Sejarah kesemua masyarakat yang sedia ada adalah sejarah perjuangan kelas,” Marx menulis, “sesuatu pertempuran yang berakhir setiap kali antara dalam penyusunan semula masyarakat secara revolusioner, atau dalam kehancuran bersama-sama kelas-kelas yang saling berjuang.”

Perjuangan kelas adalam motor perubahan sosial. Pada masa yang sama, ia mempengaruhi dan dipengaruhi oleh perubahan teknologi, yang mengutarakan bentuk-bentuk masyarakat berkelas yang berbeza.

Perubahan-perubahan ini seringkali mengambil masa yang lama. Permulaan kelas kapitalis telah bermula pada Zaman Pertengahan di Eropah, dan “penyusunan semula masyarakat secara revolusioner” yang telah membawa masyarakat-masyarakat kapitalis sepenuhnya berlaku secara berpanjangan, pada abad-abad ke-17, ke-18, ke-19 dan ke-20.

Kapitalisme adalah bentuk masyarakat berkelas yang sangat khas. Marx telah mengalu-alukan kemajuan yang ia telah membolehkan. Kelas kapitalis, dia menulis, “semasa pemerintahannya yang belum mencapai 100 tahun telah menciptakan kuasa-kuasa produktif yang lebih besar dan lebih penting daripada kesemua generasi sebelumnya bersama.”

Sejak itu ditulis, kuasa-kuasa produktif telah berganda berkali-kali. Tidak terdapatnya lagi sebab bagi kemiskinan atau kelas-kelas sosial pada skala dunia. Namun, ungkapan “pada skala dunia” adalah penting.

Kapitalisme telah menciptakan sebuah pasaran dunia, sesuatu pembahagian tenaga pekerja pada skala antarabangsa dan sebuah ekonomi dunia. Tali tersebut tidak dapat diluruskan tanpa kemerosotan mendadak dalam hasil pengeluaran, kemerosotan yang sangat besar sehingga ia mungkin menhapuskan dasar materialis bagi sosialisme – iaitu kuasa-kuasa produktif yang sangat maju. Itulah mengapa Marx dan Engels telah mengatakan, “Kaum pekerja sedunia, bersatulah” – dan itulah mengapa pihak sosialis sejati adalah internasionalis.

Kemungkinan dan potensi adalah satu isu. Cara-cara untuk mencapainya adalah isu lain. Marx percaya bahawa kapitalisme sendiri telah menciptakan kuasa yang dapat menumbangkannya dan mendirikan masyarakat tanpa kelas – iaitu kelas pekerja moden yang menerima gaji.

Sosialisme, bagi Marx, adalah pembebasan sendiri kelas pekerja, dan tidak apa-apa lagi. Tidak terdapatnya sosialisme tanpa pemerintahan kolektif lagi demokratik oleh orang yang bekerja dan menciptakan kekayaan. Dakwaan bahawa negara-negara seperti Rusia dan Poland adalah sosialis adalah penipuan semata-mata.

Notakan juga “pembebasan sendiri.” Tidak sesiapa dapat menggantikan perjuangan kelas pekerja dalam perjuangan demi sosialis. Usaha untuk melakukannya sentiasa membawa hasil reaksioner.

Tetapi bukankah kelas pekerja dibahagikan, di bawah pengaruh idea-idea kelas pemerintah – idea-idea rasis, seksis, nasionalis? Semua itu adalah benar, dan ia dapat diubah dalam perjuangan. Ia adalah perjuangan yang berpanjangan dan rumit. Ia juga adalah satu-satunya wawasan yang berhak diperjuangkan.

Saya telah memberikan pengenalan yang sangat ringkas kepada idea-idea asas Marx. Kekayaan pendapat Marx kini juga menyokong seluruh industri – sebuah industri yang bertumbuh sehingga baru-baru ini – mengenai pengulasan mengenai pengulasan mengenai Marx dan sebagainya, tanpa akhir.

Orang yang mencari kehidupan dengan cara ini, dan kehidupan yang agak lumayan, bukanlah Marxsis – walaupun mereka mendakwa diri mereka sebegitu. Kerana Marx pernah menulis, “Ahli-ahli falsafah hanya telah mentafsirkan dunia dengan pelbagai cara; persoalannya adalah untuk mengubah dunia.” Untuk menjadi Marxsis, anda perlu menjadi seorang pejuang demi kelas pekerja, secara kebangsaan dan antarabangsa, sebagaimana dengan Marx.

Seratus tahun yang lalu, Frederick Engels – sahabat dan rakan sekerja Marx sepanjang hayatnya – telah mengucapkan kata-kata ini semasa pengebumian Marx. Ia tidak dapat diperbaiki: “Kerana Marx sebelum segala-gala yang lain merupakan seorang revolusionis. Misi sebenar dalam hayatnya adalah untuk menyumbang, dalam apa-apa cara, kepada penumbangan masyarakat kapitalis… Perjuangan merupakan apa yang dia melakukan dengan paling baik. Dan dia berjuang dengan semangat, ketekunan dan kejayaan yang hanya beberapa orang dapat bersaing dengan.”

  1. Rencana ini ditulis semasa Duncan Hallas membuat kunjungan ke Amerika Syarikat pada tahun 1983 [nota penerjemah].

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here