Tiga punca dan tiga bahagian komponen Marxsisme

Tiga punca dan tiga bahagian komponen Marxsisme

Oleh Vladimir I. Lenin

Dari Marx, Engels, Marxism, Edisi Ketujuh (Penerbit Progress, Moskow, 1965), muka surat 64-69. Ditulis pada bulan Mac 1913.

Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh (April 2002).

Di seluruh dunia bertamadun, pengajaran Marx mendatangkan permusuhan dan kebencian tertinggi daripada seluruh sains borjuasi (biarpun rasmi dan liberal), yang menganggap Marxsisme sebagai sejenis ‘kumpulan yang merosakkan.” Dan mana-mana sikap lain tidak patut diharapkan, kerana tidak terdapatnya sains sosials “adil” dalam sesebuah masyarakat yang berdasarkan perjuangan kelas. Dalam satu cara atau cara yang lain, seluruh sains rasmi dan liberal mempertahankan penghambaan bergaji, manakala Marxsisme telah melaungkan peperangan tanpa henti pada penghambaan tersebut. Untuk mengharapkan sains untuk bersifat adil dalam masyarakat penghambaan bergaji adalah sejahil mengharapkan keadilan daripada pihak usahawan pada persoalan jika gaji pekerja patut ditingkatkan dengan mengurangkan keuntungan kapital.

Tetapi ini bukanlah kesemuanya. Sejarah falsafah dan sejarah sains sosial menunjukkan dengan sungguh jelas bahawa tidak terdapat apa-apa yang mendekati ‘sektarianisme’ dalam Marxsisme, dari segi ianya merupakan sesuatu doktrin yang mengikut resam dan kukuh, sesuatu doktrin yang bangkit jauh dari jalan tinggi perkembangan tamadun dunia. Sebaliknya, kebijaksanaan Marx terdiri secara khususnya dalam memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang sudah diutarakan oleh minda-minda terulung umat manusia. Doktrinnya muncul secara penerusan secara langsung dan terus-menerus bagi ajaran wakil-wakil termasyhur falsafah, ekonomi politik dan sosialisme.

Doktrin Marxsis adalah berkuasa kerana ia adalah benar. Ia adalah mendalam dan berbahagia, dan memberikan manusia sesuatu pandangan dunia penting yang tidak dapat disamakan dengan mana-mana bentuk keghaiban, reaksi, atau pertahanan penindasan borjuasi. Ia adalah pengganti nerhak kepada yang terbaik yang dihasilkan oleh umat manusia pada abad ke-sembilan belas, seperti yang diwakili oleh falsafah Jerman, ekonomi politik Inggeris dan sosialisme Perancis.

Ia adalah tiga punca Marxsisme ini, yang juga merupakan bahagian-bahagian komponen, yang kita akan menggariskan secara ringkas.

I

Falsafah Marxsisme adalah materialisme. Sepanjang sejarah moden Eropah, dan terutamanya pada hujung abad ke-lapan belas di Perancis, di mana sesuatu perjuangan tekun diutarakan menentang setiap jenis kotoran zaman pertengahan, menentang penghambaan serf dalam pertubuhan-pertubuhan dan idea-idea, materialisme telah dibuktikan sebagai satu-satunya falsafah yang adalah berterusan, benar kepada segala pengajaran sains semulajadi dan bermusuh kepada keghaiban, penipuan dan sebagainya. Maka, musuh-musuh demokrasi telah sentiasa meluangkan usaha mereka untuk “menafikan,” melemahkan dan mengutuk materialisme, yang sentiasa, dalam satu cara atau cara yang lain, adalah sama dengan pertahanan atau sokongan bagi agama.

Marx dan Engels mempertahankan materialisme falsafah dalam cara yang paling tekun dan berkali-kali menjelaskan betapa silapnya adalah setiap pemesongan dari dasar ini. Pandangan-pandangan mereka adalah diluahkan dengan paling jelas dan penuh dalam karya-karya Engels, Ludwig Feuerbach dan Anti-Dühring, yang, seperti Communist Manifesto, adalah buku-buku panduan bagi setiap pekerja yang berkesedaran kelas.

Tetapi Marx tidak berhenti pada materialisme abad kelapan belas: dia memperkembangkan falsafah sehingga tahap yang lebih tinggi. Dia memperkayakannya dengan kejayaan-kejayaan falsafah Jerman klasik, terutamanya sistem Hegel, yang pada gilirannya telah membawa materialisme Feuerbach. Kejayaan utama merupakan dialektik, iaitu doktrin kemajuan dalam bentuk yang paling penuh, mendalam dan menyeluruh, doktrin sifat relatif pengetahuan manusia yang memberikan kita pencerminan jisim yang sentiasa berkembang. Perjumpaan-perjumpaan terbaru sains semulajadi – radium, elektron, perubahan unsur-unsur – merupakan pengesahan menakjubkan bagi materialisme dialektik Marx meskipun ajaran ahli-ahli falsafah borjuasi dengan pengembalian ‘baru’ mereka kepada idealisme lama dan mundur.

Marx mendalamkan dan memperkembangkan materialisme falsafah sepenuhnya, dan meluaskan pemikiran mengenai alam untuk mengandungi pemikiran mengenai masyarakat manusia. Materialisme bersejarah merupakan kejayaan ulung dalam pemikiran saintifik. Huru-hara dan ketidak-sinambungan yang sebelumnya bermaharajalela dalam pandangan-pandangan mengenai sejarah dan politik digantikan oleh teori saintifik yang penting dan bahagia, yang menunjukkan bagaimana, akibat pertumbuhan kuasa-kuasa produktif, dari satu sistem kehidupan sosial, sebuah lagi sistem yang lebih tinggi berkembang – bagaimana kapitalisme, misalnya, berkembang dari feudalisme.

Sebagaimana pengetahuan manusia mencerminkan alam (iaitu, perihal kemajuan), yang wujud dengan bebas daripadanya, maka pengetahuan sosial manusia (iaitu, pelbagai pandangan dan doktrin – falsafah, keagamaan, politik dan sebagainya) mencerminkan sistem ekonomi masyarakat. Pertubuhan-pertubuhan politik adalah mahastruktur pada dasar ekonomi. Kita melihat, misalnya, bahawa pelbagai bentuk negara Eropah moden membantu mengukuhkan penguasaan borjuasi ke atas proletariat.

Falsafah Marx adalah materialisme falsafah mendalam yang telah memberikan umat manusia, dan terutamanya kelas pekerja, dengan alat-alat pengetahuan yang berkuasa.

II

Setelah menyedari bahawa sistem ekonomi adalah dasar pada mana mahastruktur politik didirikan, Marx menumpukan perhatiannya kepada kajian sistem ekonomi ini. Karya utama Marx, Capital, diberikan kepada kajian sistem ekonomi masyarakat moden, iaitu masyarakat kapitalis.

Ekonomi politik klasik, sebelum Marx, berkembang di England, iaitu negara yang paling maju di antara negara-negara kapitalis. Adam Smith dan David Ricardo, melalui kajian-kajian mereka mengenai sistem ekonomi, mendedahkan dasar-dasar teori tenaga pekerja mengenai nilai.[1] Marx meneruskan usaha mereka; dia memberikan bukti bagi teori tersebut dan memajukannya dengan berterusan. Dia menunjukkan bahawa nilai setiap komoditi adalah ditentukan oleh kuantiti masa bekerja yang diperlukan secara sosial yang digunakan dalam pengeluarannya.

Di mana ahli-ahli ekonomi borjuasi melihat hubungan di antara benda-benda (pertukaran satu komoditi bagi komoditi yang lain), Marx mendedahkan hubungan di antara orang. Pertukaran komoditi-komoditi meluahkan hubungan di antara pengeluar-pengeluar individu melalui pasaran. Duit menandakan bahawa hubungan itu sedang menjadi semakin rapat, menyatukan seluruh kehidupan ekonomi pengeluar-pengeluar individu dalam satu sistem menyeluruh. Kapital menandakan perkembangan seterusnya hubungan ini: kuasa tenaga pekerja manusia menjadi komoditi. Pekerja bergaji menjual tenaga pekerjanya kepada pemilik tanah, kilang-kilang dan peralatan bekerja. Para pekerja menggunakan sebagahian hari memenuhi kos mengekalkan dirinya dan keluarganya (gaji), sambil pada bahagian hari yang lain, dia bekerja tanpa ganti rugi, menciptakan nilai lebih bagi pihak kapitalis, iaitu punca kekayaan bagi kelas kapitalis.

Doktrin nilai lebih adalah yang paling penting dalam teori ekonomi Marx.

Kapital, diciptakan oleh usaha pekerja, menghancurkan pekerja, membinasakan pemilik-pemilik kecil dan mewujudkan tentera penganggur. Dalam industri, kejayaan pengeluaran berskala besar adalah jelas dengan serta-merta, tetapi fenomena sama juga dilihat dalam pertanian, di mana kekuasaan pertanian kapitalis berskala besar diutarakan, penggunaan jentera meningkat dan ekonomi petani, diperangkap oleh kapital-duit, merosot dan dijadikan binasa di bawah beban cara-cara mundur. Kemerosotan pengeluaran berskala kecil mengambil pelbagai bentuk dalam pertanian, tetapi kemerosotan itu sendiri adalah fakta yang tidak dapat dinafikan.

Dengan menghapuskan pengeluaran berskala kecil, kapital membawa peningkatan dalam produktiviti tenaga pekerja dan penciptaan kedudukan monopoli bagi pertubuhan-pertubuhan kapitalis besar. Pengeluaran sendiri menjadi semakin sosial – beratus-ratus ribu dan berjuta-juta pekerja menjadi terikat besama dalam organisma ekonomi biasa – tetapi hasil tenaga pekerja bersama ini dirampas oleh beberapa orang kapitalis. Anarki pengeluaran, krisis-krisis, pengejaran ghairah menuju pasaran dan ketidak-stabilan kewujudan rakyat jelata menjadi nyata.

Dengan meningkatkan pergantungan pekerja pada kapital, sistem kapitalis menciptakan kuasa tenaga pekerja bersatu yang besar.

Marx menggariskan perkembangan kapitalisme dari ekonomi komoditi muda, dari pertukaran ringkas, kepada bentuk-bentuk tertingginya, kepada pengeluaran berskala besar.

Dan pengalaman setiap negara kapitalis, lama dan baru, tahun demi tahun menunjukkan kebenaran doktrin Marxsis ini kepada jumlah pekerja yang semakin meningkat.

Kapitalisme telah berjaya di seluruh dunia, tetapi kejayaan ini adalah pendahulu kepada kejayaan tenaga pekerja ke atas kapital.

III

Apabila feudalisme ditumbangkan, dan masyarakat kapitalis ‘bebas’ muncul di dunia, ia menjadi jelas bahawa kebebasan ini bermakna sebuah sistem penindasan dan pengeksploitasian baru ke atas para pekerja. Pelbagai doktrin sosialis dengan serta-merta diutarakan sebagai pencerminan bagi dan pemberontakan menentang penindasan ini. Namun, sosialisme awal merupakan sosialisme utopia. Ia mengkritik masyarakat kapitalis, ia mengutuk dan menjahanamkannya, ia memimpikan penumbangannya, it mempunyai wawasan susunan yang lebih baik dan berusaha untuk meyakinan golongan kaya mengenai sifat tidak moral pengeksploitasian mereka.

Tetapi sosialisme utopia tidak dapat menandakan penyelesaian sejati. Ia tidak dapat menjelaskan sifat sebenar penghambaan bergaji di bawah kapitalisme, ia tidak dapat mendedahkan hukum-hukum kemajuan kapitalis, atay menunjukkan mana satu kuasa sosial mampu menjadi pencipta masyarakat baru.

Sementara itu, revolusi-revolusi beribut di merata-rata Eropah, dan terutamanya di Perancis, seiringan dengan penumbangan feudalisme, penghambaan serf, semakin mendedahkan dengan jelas perjuangan kelas-kelas sebagai dasar dan kuasa penjana seluruh kemajuan.

Tidak satu pun kejayaan kebebasan politik ke atas kelas feudal dimenangi kecuali menentang pejruangan nekad. Tidak satu pun negara kapitalis berkembang pada dasar yang semakin demokratik kecuali dengan perjuangan hidup dan mati di antara pelbagai kelas masyarakat kapitalis.

Genius Marx terletak dalam usahanya sebagai yang pertama untuk merumuskan dari ini, pengajaran yang sejarah dunia memberikan dan untuk mengamalkan pengajaran tersebut dengan berterusan. Rumusan yang dibuatnya adalah doktrin perjuangan kelas.

Orang sentiasanya menjadi mangsa bodoh kepada penipuan dan penipuan sendiri dalam politik, dan mereka sentiasa akan ditipu selagi mereka telah belajar untuk mencari kepentingan sesuatu kelas atau kelas yang lain di sebalik ungkapan-ungkapan, deklarasi-deklarasi dan janji-janji moral, keagamaan, politik dan sosial. Penyokong-penyokong reformasi dan pembaikan sentiasa akan ditipu oleh pihak pertanahan susunan lama sehingga mereka menyedari bahawa setiap pertubuhan lama, walaupun bagaimana zalim dan reput ia kelihatan, adalah diteruskan oleh kuasa-kuasa kelas pemerintah tertentu. Dan terdapat hanya satu cara untuk menghapuskan tentangan kelas-kelas tersebut, dan itu adalah untuk mencari, dalam setiap masyarakat yang mengelilingi kita, kuasa-kuasa yang dapat – dan, oleh keranan kedudukan sosial mereka, mesti – mendirikan kuasa yang mampu menyapu bersih yang lama dan mencipta yang baru, dan untuk memakrifatkan dan mengatur kuasa-kuasa itu demi perjuangan.

Materialisme falsafah Marx sendiri telah menunjukkan proletariat jalan keluar dari penghambaan moral di mana setiap kelas yang ditindas telah terjerumus sehingga ini. Teori ekonomi Marx sendiri telah menjelaskan kedudukan benar proletariat dalam sistem kapitalisme umum.

Pertubuhan-pertubuhan proletariat yang bebas sedang berganda di merata dunia, dari Amerika ke Jepun dan dari Sweden ke Afrika Selatan. Kaum proletariat sedang menjadi berkesedaran dan berpendidikan dengan mengutarakan perjuangan kelas; ia sedang menghapuskan dari dirinya prasanga-prasangka masyarakat borjuasi; ia sedang memobilisasikan ahli-ahlinya dengan lebih rapat lagi dan sedang belajar untuk mengukur jarak kejayaannya; ia sedang mengukuhkan kuasa-kuasanya dan bertumbuh dengan menarik.

  1. Nota penerjemah

    Dalam Bahasa Inggeris, diterjemahkan sebagai ‘labour theory of value.’

Magazine

Solidarity meetings

Latest articles

Read more

Adakah sifat manusia halangan kepada sosialisme?

“Sosialisme adalah idea yang baik, tetapi ia tidak akan berjaya. Anda tidak dapat mengubah sifat manusia!” Inilah bantahan paling biasa dan berpengaruh terhadap sosialisme.

Warisan Karl Marx

Kebenarannya adalah bahawa Marx merupakan seorang pejuang menentang setiap bentuk penindasan dan pengeksploitasian; bahawa seluruh hayatnya digerakkan demi “kebebasan sendiri kelas pekerja”.

Maksud Marxsisme

Oleh Duncan Hallas. Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh (Jun 2002).